Permohonan Stok Stor Alat-Tulis

1. Buka web browser, dan taip http://sppa-timur.moh.gov.my.


Halaman Utama Web SPS


2. Selepas web tersebut muncul, di bahagian kanan web pilih bahagian "Pengurusan Stor".


Menu Di Sebelah Kanan Halaman



3. Klik pada pilihan "Mohon Stok".


Ruangan Permohonan Stok

4. Masukkan nombor kad pengenalan pemohon dan tekan "enter". Maklumat peribadi pemohon akan terpapar. Kemudian, klik pada butang "PILIH STOK".


Ruangan Permohonan Barang

5. Di medan Mohon Stok Dari Stor, pilih "Stor Utama : SU-JKN 06 AT - Stor Utama Pengurusan JKN Pahang (Alatulis)" dan seterusnya klik pada butang "Cari Kod Stok".


Ruangan Senarai Stok

6. Klik pada item stok yang hendak di hantar. 
Nota : Pastikan item yang dipesan mempunyai baki, semak stok semasa.


Ruangan Permohonan Barang

7. Masukkan jumlah item yang dimohon di medan Kuantiti Barang Dipohon. Seterusnya klik butang "SIMPAN".


Pop Up Windows Pengesahan.



8. Satu pop up windows pengesahan akan dipaparkan. Klik OK jika masih ada stok yang ingin dimohon (ulangi langkah 5-7) atau klik Cancel jika sudah selesai.


Senarai Stok Yang Dimohon

9. Jika pemohon ingin membatalkan permohonan item stok yang telah dipilih, klik pada butang pangkah di bahagian catatan item stok tersebut.


Pop Up Windows Pengesahan.

10. Klik OK jika anda pasti untuk membatalkan permohonan item tersebut atau klik Cancel untuk mengekalkan item tersebut.


Pop Up Windows Makluman Pembatalan Telah Dilaksanakan.



11. Jika anda memilih untuk membatalkan permohonan item tersebut dengan mengklik OK, satau pop-up windows akan muncul memaklumkan permohonan item tersebut telah dibatalkan. Klik OK untuk meneruskan permohonan item lain.


Senarai Stok telah dikemaskini.


12. Setelah selesai memilih item stok yang dimohon, klik pada "HANTAR PERMOHONAN".


Pop up Windows Pengesahan Untuk Proses Kelulusan Permohonan

13. Pop up windows pengesahan akan dipaparkan, klik OK untuk pengesahan atau klik Cancel untuk pembatalan.

Pop up Windows Untuk Mencetak KEW.PS-11




14. Pop up windows untuk mencetak borang permohonan stok (KES.PS-11) akan dipaparkan. Klik OK untuk mencetak atau klik Cancel untuk pembatalan.


Borang KEW.PS-11
15. Borang KEW.PS-11 untuk rujukan.

























0 ulasan: