Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor Negeri Pahang, merupakan salah satu unit di dalam Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihtan Negeri Pahang. Di awal tahun 70'an, unit ini dikenali sebagai Pejabat Basmi Malaria, kemudiannya ditukarkan kepada Rancangan Anti Malaria. Tugas unit dikembangkan lagi setelah sekali lagi ditukarkan nama sebagai Rancangan Kawalan Penyakit-Penyakit Bawaan Vektor. Pada tahun 1985, unit ini dinamakan sebagai Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor, selaras dengan perkembangan tugasan yang dijalankan.
Khidmat utama unit vektor ialah
1. Memantau aktivi kawalan penyakit bawaan vektor.
2. Menjalankan aktiviti kajian vektor.
3. Memberikan latihan kepada kakitangan unit vektor di daerah-daerah.
4. Menyediakan peruntukan kewangan, bekalan racun, mesin dan kelambu untuk aktiviti kawalan vektor.
5. Memberi khidmat nasihat berkaitan aktiviti kawalan penyakit bawaan vektor.
Visi & Misi Unit Vektor
Visi - Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor Negeri Pahang ialah ke arah peningkatan kualiti hidup individu, keluarga dan masyarakat melalui sistem kesihatan yang berkualiti, adil dan saksama, cekap dan serasi pelanggan.
Misi - untuk melahirkan individu, keluarga dan masyarakat yang sihat, Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor Negeri Pahang akan :
- Mengadakan program kesihatan yang komprenhensif dan bersepadu untuk setiap individu, keluarga dan masyarakat;
- Menggalakkan penglibatan masyarakat di dalam penjagaan kesihatan melalui peningkatan kesedaran setiap individu, keluarga dan masyarakat;
- Memupuk kerjasama dan penyertaan pelbagai sektor dan agensi kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan di dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti kesihatan.
Senarai Kakitangan>>