4 Obtober 2012 Unit Vektor telah menerima lawatan dari Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar (KPAS) dan Unit Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekitar Bahagian Kesihatan Awam sempena dengan Amalan 5S/QE.
Lawatan ini adalah kesinambungan dari lawatan Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesiahtan Awam) yang melawat unit vektor pada majlis jamuan hari raya aidilfitri yang lalu. Delegasi lawatan ini diketuai oleh Dr. Hajah Nuraiza binti Zakaria, Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPAS),PPKPK Mazlan bin Mohamad, PPKP Mazri bin Mukhtar, dan PKAK Mahusin Bin Mat Ali.
Delegasi ini disambut dengan alu-aluan KPPK(Vektor) Dr. Abu Hassan Shaari. Beliau kemudiannya membuat pembentangan berkaitan Amalan 5S/QE kepada para pelawat. Para pelawat juga di bawa melawat kawasan kerja di unit ini. Lawatan ini berakhir dengan sesi soal jawab dan jamuan makan.