Friday 2 November 2012

23:15:00
2 November 2012 Satu kursus bagi memantapkan pemahaman 5S/QE untuk kakitangan Unit Vektor telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Latihan Induk pada 1 Nov 2012 bermula jam 9.00 pagi hingga 1 petang di Bilik Mesyuarat Unit Vektor Negeri Pahang.

Kursus ini bermula dengan Ucapan Perasmian KPPK (Vektor), Dr.Abu Hassan Shaari merangkap Pengerusi Induk 5S Unit Vektor. Beliau seterusnya membuat pembentangan penyertaan Unit Vektor di Konvensyen QE Peringkat Wilayah Pantai Timur Anugerah 3 Bintang dan Anugerah Perak di Konvensyen 5S/QE peringkat Kebangsaan anjuran pihak MPC.





Seterusnya beliau membuat pembentangan bertajuk Komitmen Pengurusan Tertinggi Vektor dalam Melaksanakan 5’S.


En. Hasnaninin bin Hassan, Ketua JK Latihan telah menyampaikan ceramah bertajuk Perlaksanaan Program Amalan Persekitaran Berkualiti & Tugas dan Tanggungjawab Jawatankuasa dan Kumpulan.


Seterusnya, Ketua JK Promosi , Cik Arniniyati Binti Azmi telah menyampaikan ceramah bertajuk Standard Sistem Persekitaran Berkualiti.


Kursus kali ini berakhir dengan sesi soaljawab antara kakitangan dengan Jawatankuasa Induk. Kursus bagi Siri 2/2012 akan di langsungkan pada awal bulan Disember.