Friday 29 May 2015

02:38:00
29 Mei 2015 Pada 26 Mei 2015 satu majlis serah tugas Ketua Penolong Pengarah Kanan (Vektor) telah berlangsung di antara Dr. Abu Hassan Sha'ari bin Abd. Kadir dengan Dr. Haji Asari bin Abdullah. Majlis ini disaksikan oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr. Abu Bakar bin Awang Ngah. Majlis berlangsung di bilik Mesyuarat Unit Vektor, Jalan Gambut.

Pertukaran keluar Dr. Abu Hassan  dan masuk Dr. Haji Asari adalah kerana kedua-duanya dinaikkan pangkat ke Gred Khas C. Dr. Abu Hassan akan bertukar di JKN Johor, manakala Dr. Haji Asari bertukar dari JKN Terengganu.

Majlis turut meraikan pertukaran KPP(Epid) iaitu Dr. Aznita yang akan mula bertukar ke PKD Rompin.




















0 ulasan: