Tuesday 27 December 2011

18:51:00
24.12.2011 Audit Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE di Unit Vektor Negeri Pahang telah dijalankan oleh pihak MPC pada 21.12.2016.

Atucara audit ini bermula dengan mesyuarat pembukaan, di mana Auditor MPC diberi pengenalan berkaitan Unit Vektor Negeri Pahang dan Kronologi Perlaksanaan Amalan 5S, oleh Koordinator/Setausaha Induk 5S unit ini, iaitu En. Muhammad Dzulkiefly bin Sidek.

Auditor memulakan audit dengan memeriksa fail Jawatankuasa Induk 5S, Fail Latihan, Fail Audit Dalaman dan Fail Promosi. Kemudian beliau memulakan audit ke Zon Inovasi, Zon Intergrasi, Zon Inspirasi, Zon Motivasi dan Zon Dedikasi.

Pada mesyuarat penutupan audit, auditor telah memberi beberapa teguran untuk penambahbaikan. Auditor mengumumkan bahawa Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor Negeri Pahang, "LAYAK" untuk dipersijilkan dengan Amalan 5S/QE oleh MPC selama setahun.

Tahniah kepada semua kakitangan unit ini yang telah bertungkus-lumus dan telah berjaya untuk dipersijilkan dengan Amalan 5S.


























































































0 ulasan: