Wednesday, 13 June 2012

04:09:00
13.6.2012 Aktiviti Audit Dalaman Amalan 5S/QE telah dijalankan kali pertama pada tahun 2012 oleh pasukan Juruaudit Dalaman. Akriviti dimulakan dengan Mesyuarat Pembukaan Audit Dalaman pada jam 8.30 pagi. Ketua Juruaudit, En. Mohd Khalil bin Jusoh telah memberikan taklimat ringkas berkaitan matlamat audit kali ini kepada ahli jawatankuasa Induk dan Ketua-Ketua Zon.

Aktiviti Audit Dalaman dimulakan pada jam 9.30 pagi, oleh juruaudit dalaman yang diketua oleh Ketua Juruaudit sendiri dan juruaudit dalaman iaitu En. Mazlan bin Harun, En. Khaieerul Najmee bin Rusni, En. Wan Azmi bin Wan Abdullah @ Ali dan En. Muhammad Dzulkiefly bin Sidek.






Setelah selesai Aktiviti Audit Dalaman, para juruaudit berbincang dan merumuskan hasil penemuan. Pada jam 3.00 petang, Ketua Juruaudit telah membentangkan hasil penemuan, rumusan dan cadangan penambahbaikkan yang dicadangkan untuk semua Zon-Zon dan Kawasan Umum. Setelah selesai merumuskan, Pengerusi Induk memaklumkan akan mengadakan majlis perjumpaan dengan semua kakitangan pada Hari 5S/QE, pada hari Jumaat 15.6.2012.


Aktiviti Audit Dalaman bil.1/2012 ditamatkan setelah selesai Mesyuarat Penutup tersebut, dan Aktiviti Audit Dalaman ke dua akan dijalankan pada bulan September.