Friday, 15 June 2012

01:33:00
15 Jun 2012 Jumaat; Hari 5S/QE Unit Vektor Pahang hari ini dimulakan dengan acara Berjalan 10,000 Langkah. Acara dimulakan dengan aktiviti regangan yang diketua oleh En. Nor Mohd Halil Husairi bin Shamsuddin, dan En. Isa dari Unit Promosi Kesihatan. Kemudian acara diteruskan dengan Berjalan 10,000 Langkah; mengelilingi Padang MPK 1 berhadapan dengan Masjid Negeri.

Setelah selesai acara Berjalan 10,000 Langkah, satu majlis perjumpaan dengan kakitangan Unit Vektor telah di adakan di Bilik Mesyuarat Unit Vektor. Pengerusi Induk, Dr. Abu Hassan Shaari, telah memberikan taklimat berhubung hasil penemuan Pasukan Audit Dalaman kepada semua kakitangan. Kemudian, Ketua Juruaudit, En. Khalil bin Jusoh, membentangkan cadangan penambahbaikkan beserta dengan tayangan selaid gambar-gambar yang di ambil disepanjang aktiviti audit dijalankan.

Kemudian, Pengerusi Induk memaklumkan markah-markah yang diperolehi oleh semua zon-zon, iaitu Zon Induk 73.2%, Zon Dedikasi 82.3%, Zon Motivasi 63.0%, Zon Inovasi 64.3%, Zon Inspirasi 80.8% dan Zon Intergrasi 57.5%. Pengerusi Induk meminta zon-zon yang mendapat kurang dari 75% agar mempertingkatkan  aktiviti 5S dan mengutamakan dokumentasi, memandangkan markah tersebut adalah markah yang ditetapkan oleh pihak MPC untuk pensijilan Amalan 5S/QE.

Pengerusi menyampaikan piala pusingan Zon terbaik kepada Ketua Zon Dedikasi, iaitu En. Arfiq bin Mahmud. Semua Ahli Zon Dedikasi akan di bawa melawat ke Mahkamah Syariah Kuala Terengganu pada bulan Oktober yang di anjurkan oleh Jawatankuasa Latihan, sebagai ganjaran menjadi zon terbaik bagi Aktiviti Audit Dalaman Bil.1/2012 kali ini.

0 ulasan: