Saturday 7 July 2012

19:45:00
7 Julai 2012 . Tahniah. Unit Vektor Pahang telah berjaya mendapat anugerah 3 Bintang di Konvensyen Persekitaran Berkualiti 5S/QE yang di adakan di Bukit Gambang Resort City anjuran MPC Wilayah Pantai Timur pada 4-5 Julai 2012.

Kejayaan merangkul Anugerah 3 Bintang ini akan melayakkan Unit Vektor Pahang untuk bertanding di Konvensyen Persekitran Berkualiti 5S/QE Peringkat Kebangsaan yang dijadualkan berlangsung pada bulan Oktober ini di Kuala Lumpur Convensyen Center.

Kumpulan pembentang yang di barisi oleh En. Hasnainin bin Hassan, En. Muhammad Dzulkiefly bin Sidek, En. Mohamad bin Ishak dan Cik Arniniyati binti Azmi, telag berjaya membuat pembentangan dan menarik perhatian panel juri untuk memberikan markah dan menganugerahkan Anugerah 3 Bintang. Ini merupakan satu kejayaan yang cukup besar, memandangkan Unit Vektor Pahang masih baru menjalankan Amalan 5S/QE ini berbanding nama-nama besar dari organisasi yang cukup berpengalaman dalam Amalan ini.


Sebanyak tujuh buah organisasi turut sama bertanding di konvensyen ini. Antaranya ialah Pejabat Tanah & Daerah Bentong, Jabatan Kesihatan Kelantan, Kuantan Speacialist, IKM Tan Sri Yahya Pekan dan beberapa lagi jabatan kerajaan yang lain.


Selain menghantar pembentang, Unit Vektor Pahang juga turut menghantar 8 orang pemerhati bertujuan menambahkan ilmu dan pengalaman dalam perlaksanaan Amalan 5S/QE. Setiap pemerhati mewakili zon masing-masing, Zon Dedikasi diwakili oleh Pn. Zuraidah binti Othman dan En. Mohd. Bakri bin Abu Bakar, Zon Inovasi diwakili oleh Dr. Abu Hassan Shaari bin Abdul Kadir, Zon Motivasi diwakili En. Zainuddin bin Hahsim, Zon Inspirasi oleh Pn.Samsidah binti Abd. Wahan dan Zon Intergrasi diwakili oleh En. Wan Azmi bin Wan Ali @ Abdullah dan En. Ismail bin Ahmad. Kehadiran Dr. Abu Hassan Shaari turut memberi semangat kepada pembentang untuk membuat persembahan yang terbaik.

Diharap dengan kejayaan ini dapat menaikkan semangat kakitangan Unit Vektor Negeri dalam menjayakan Amalan 5S/QE di pejabat, serta dapat menaikkan nama Unit Vektor Pahang secara khususnya dan sekaligus  nama Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Secara amnya.

Gambar-gambar kenangan di Konvensyen 5S Wilayah Pantai Timur 2012.









"5S - Kualiti Kerja Kami"