Wednesday, 19 December 2012

21:19:00
19 Disember 2012 Jawatankuasa Audit Dalaman telah mengadakan Audit Dalaman Bil.3/2012 dan merupakan audit dalaman terakhir sebelum Audit Pensijilan Semula oleh MPC. Audit dimulakan dengan mesyuarat pembukaan audit, dan aktiviti audit dijalankan pada 9.30 pagi ke semua zon-zon iaitu, Dedikasi, Motivasi, Inspirasi, Inovasi dan Intergrasi.

Pada mesyuarat penutupan kali ini, semua kakitangan dijemput untuk mendengar penemuan-penemuan dan teguran-teguran daripada Ketua Juruaudit. Di akhir mesyuarat penutupan, setiap anggota dari setiap zon telah dipilih sebagai pengamal Amalan 5S terbaik. Bagi Zon Dedikasi - Pn. Zuraidah bt. Othman, Zon Motivasi - En. Mazlan bin Harun, Zon Inspirasi - Pn. Normastura, Zon Inovasi - En. Rosahimi bin Ismail dan Zon Intergrasi - En. Wan Azmi bin Wan Abdullah @ Ali. Zon terbaik yang mendapat markah audit tertinggi bagi Audit Dalaman Bil.3/2012 ialah ZON INSPIRASI, mangambil alih Piala Pusingan KPPK(Vektor) dari Zon Dediaksi.

Berikut adalah gambar-gambar pada hari Audit dalaman bil.3/2012.

















Mesyuarat Penutup dan penyampaian hadiah.