Thursday, 13 December 2012

08:42:00
13.12.2012 Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Dr. Norhizan Bin Ismail, telah berbesar hati memberi ucapan tahniah dan penghargaan kepada Unit Vektor Negeri Pahang di atas kejayaan merangkul Anugerah PERAK di Konvensyen Persekitaran Berkualiti Peringkat Kebangsaan anjuran pihak Malaysian Productivity Malaysia, yang telah berlangsung pada 14 - 17 Oktober 2012 bertempat di Kuala Lumpur Convention Center, Kuala Lumpur.

Beliau juga berharap Unit Vektor akan meneruskan penyertaan sedemikian pada masa akan datang, dan menjadi dorongan kepada semua kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang bagi menaikkan lagi imej Jabatan Kesihatan Negeri Pahang.

Di bawah adalah surat penghargaan yang di sampaikan oleh beliau kepada Ketua Penolong Pengarah Kanan Vektor, Dr. Abu Hassan Shaari bin Abd. Kadir.