Tuesday 4 December 2012

23:33:00
4 Disember 2012 Kursus Pemantapan Amalan 5S Untuk Kakitangan Unit Vektor Siri ke 2/2012 telah di adakan pada 3.12.2012 di bilik meysuarat Unit Vektor. Kursus ini adalah sambungan dari kursus siri 1/2012. Kursus bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang.

Kursus kali ini dijayakan oleh Ketua JK Latihan yang baru iaitu EN. Wan Mohd Nor Bin Wan Ishak, yang mengambil alih tugas En. Hasnainin Bin Hassan yang telah berpindah ke JKN Terengganu pada 20.11.2012.

Kurus telah dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis iaitu Ketua JK Promosi, En. Wan Mohd Nor.







Kemudian, Ketua Juruaudit Dalaman, En. Mohd Khalil bin Jusoh telah membentangkan ceramah berliau yang bertajuk Audit Dalaman Amalan Persekitaran Berkualiti. Pembentangan beliau mengambil masa 1jam 30 minit.


Kemudian kursus disambung lagi dengan ceramah Impak Pelaksanaan dan Pensijilan Persekitaran Berkualiti
yang disampaikan oleh Ketua JK Latihan.


Seperti kursus siri 1/2012, kursus siri 2/2012 juga diakhiri dengan sesi soal jawab kakitangan dan JK Induk. 

Semoga kursus ini memberi manfaat yang banyak kepada semua kakitangan dalam misi mengekalkan Pensijilan Amalan 5S/QE di Unit Vektor bagi tahun 2013 yang akan di dakan dalam masa yang terdekat.